Sunday, March 22, 2009

KECELARUAN..........

Salam Ukhuwah penuh makna..moga dirahmati ALLAH s.w.t bagi seluruh muslimi dan muslimat....Kecelaruan minda..dilema dikejar arus pergolakan politik negara. Dapat aku rasai tempiasnya hingga menerjah kalbu. Adakah sbb keturunan ku hingga mengajak aku sentiasa berfikir? mengajak aku menjana minda mengkaji kecelaruan politik negara?

Sedih sangat...alangkah bertuah kalau generasi kita yang akan mengubah permasalahan yang politik negara kita alami sekarang....Kalaulah bangsa kita melayu tahu bahawa negara kita yang dahulu TANAH MELAYU diancam dengan cara tersangat Halus...Mereka berusaha bersungguh- sungguh untuk merampas negara kita..Percayalah...Negara kita dalam Ancaman....sentiasa la Muhasabah diri kita bangsa Melayu,, berdoa, berikhtiar dan bertawakal semoga negara kita tetap milik kita...Jangan sampai tanah jajahan Melayu sekarang iaitu TANAH MELAYU ( Malaysia ) dijadikan seperti Temasik ( Singapura ). Negeri MELAYU yang Hilang....

Wednesday, March 18, 2009

MALAM YANG HENING

Ermmmmmmm....................
Sungguh indah malam ini....tapi bintang tiada, bulan pun tiada...Tapi entah la, malam ni macam lain jer..Angin nak kata sepoi- sepoi bahasa tu tak la sebab kuat ni. hehehehe

malam ni, aku terfikir la sikit. agaknya la kalau negara kita tak beraja mcm mana la agaknya sekarang? Malaysia ni dah hilang edentiti asal mcm Singapura ker? atau macam Pattani Darussalam sebagai negeri Melayu- Islam yang hilang kedaulatannya?

Nauzubillah.........Mintak jauh sangat- sangat.

Tapikan, ini hanyalah pendapat peribadi sahaja. Tiada kena mengena dengan sesiapa. Cuma sekadar coretan tika keheningan malam. Raja, Sultan? ermmmm, gelaran yang amat disegani oleh masyarakat dulu. Tapi kini ia semakin pudar dek mentari kemajuan.

Bagi aku la,
Sezalim mana seseorang Raja atau Sultan Melayu, namun, mereka la payung kepada kedaulatan rakyat khususnya warganegara Malaysia kini. Tapi nape zaman ni ramai sangat dikaitkan dengan isu derhaka? pelik la.....ke sebab orang zaman ini dah terlalu jauh maju sampai lupa sejarah melayu itu sendiri.??

Sejak kecil terlalu banyak aku dengar cerita pasal penderhakaan pada Raja and Sultan ni..macam- macam aku dengar. dulu masa kecil- kecil, aku ingat lagi, masa duduk atas riba nenda- nenda ke, mesti diorang bercakap pasal bangsa melayu semakin lupa diri. Lupa jati diri dan kedaulatan bangsa melayu itu sendiri.

Aku tak faham maksud diorang masa tu, Tapi sekarang, bila ingat balik..........rupanya betul kata- kata nenda- nenda tu semua..Berdasarkan cerita orang- orang tua, terlalu panjang rentetan sejarah penderhakaan yang dilakukan oleh ahli politik kalau aku nak ceritakan. Tapi tak apalah, biar la ia menjadi memori dalam benak jiwa ku shaja sebagai renungan sendiri tika mata tidak dapat lelap dari lena...

Memang aku tak nafikan ada juga raja yang zalim, maka sebab itulah pepatah melayu ada mengatakan RAJA ADIL RAJA DISEMBAH, RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH...ermmmmm, apa yang aku periksa, Pepatah tu dah lama muncul dalam sistem beraja melayu. Kalau tidak silap aku, pepatah itu juga digunakan oleh Demang Lebar Daun dengan Raja Sang Nila Utama dalam sejarah purbakala melayu.

Ermmmm, kalau nak cerita, banyak sangat, nanti la....kalau ada masa..aku cerita lagi. hehehee

Tuesday, March 17, 2009

MENCARI SINAR

Sinar ???
Ramai tertanya- tanya, apa itu sinar? ermmmm....maka timbullah pelbagai- bagai pendapat, pandangan yang hebat dari benak naluri minda hamba ALLAH s.w.t

Tapi, bagi pandangan hamba ini, Sinar dari sudut sosiologi mentaliti sendiri ' hehehehe '....membawa maksud yang begitu dalam...tersangat dalam. antaranya adalah sinar kebahagiaan. ..

Seusia umur 2 tahun, dah kehilangan ayahanda tercinta. hanya bertemankan bonda yang ku puja.dialah ayah, dia jugalah ibu dalam hidup ini... Alangkah bahagianya apabila masih ada insan bergelar adinda muncul dalam hidup ku. hehehe.....rupanya cantik sangat sampai la sekarang walaupun dah dewasa.. macam kanda tunggal laki dia ni. hehehe...

Tu bab mencari sinar...nanti akan ada bab lain plak nak kongsi..hehehehe

PENGENALAN

Assalamualaikum .....................

Dengan Lafas Bismillah Al-Rahman Al-Rahim...
Moga dengan limpah kurniaNYA. maka dapatlah Blog ini memberi kebaikan kepada hambaNYA ini yang terlalu daif dalam kehidupan ini, terlalu cetek ilmu pengetahuan, terlalu kerdil mengharap kejayaan...

Moga Segala Impian Ku Tercapai Dengan Kehendak DIA YANG MAHA ESA...

Impian mula menerjah dalam memori minda, mengatur langkah menuju puncak persada impian..berusaha membina menara kejayaan, mencari- cari sinar didalam kegelapan yang penuh dengan onak duri dunia.

Untuk berjaya bukan senang, namun bukan juga susah.. Falsafah hidup kita tidak semestinya diceduk terus dari kelahiran minda saujana. Namun, minda kita juga amat berfungsi jika kita jana dengan keimanan, dan bajainya dengan ilmu pengetahuan, sirami dengan usaha berpanjangan...dan sentiasa pastikan pokok yang ditanam di taman sentiasa dipandangan dengan bertawakkal...InsyaALLAH

Sebagai Pembuka Bicara....hehehe