Wednesday, March 18, 2009

MALAM YANG HENING

Ermmmmmmm....................
Sungguh indah malam ini....tapi bintang tiada, bulan pun tiada...Tapi entah la, malam ni macam lain jer..Angin nak kata sepoi- sepoi bahasa tu tak la sebab kuat ni. hehehehe

malam ni, aku terfikir la sikit. agaknya la kalau negara kita tak beraja mcm mana la agaknya sekarang? Malaysia ni dah hilang edentiti asal mcm Singapura ker? atau macam Pattani Darussalam sebagai negeri Melayu- Islam yang hilang kedaulatannya?

Nauzubillah.........Mintak jauh sangat- sangat.

Tapikan, ini hanyalah pendapat peribadi sahaja. Tiada kena mengena dengan sesiapa. Cuma sekadar coretan tika keheningan malam. Raja, Sultan? ermmmm, gelaran yang amat disegani oleh masyarakat dulu. Tapi kini ia semakin pudar dek mentari kemajuan.

Bagi aku la,
Sezalim mana seseorang Raja atau Sultan Melayu, namun, mereka la payung kepada kedaulatan rakyat khususnya warganegara Malaysia kini. Tapi nape zaman ni ramai sangat dikaitkan dengan isu derhaka? pelik la.....ke sebab orang zaman ini dah terlalu jauh maju sampai lupa sejarah melayu itu sendiri.??

Sejak kecil terlalu banyak aku dengar cerita pasal penderhakaan pada Raja and Sultan ni..macam- macam aku dengar. dulu masa kecil- kecil, aku ingat lagi, masa duduk atas riba nenda- nenda ke, mesti diorang bercakap pasal bangsa melayu semakin lupa diri. Lupa jati diri dan kedaulatan bangsa melayu itu sendiri.

Aku tak faham maksud diorang masa tu, Tapi sekarang, bila ingat balik..........rupanya betul kata- kata nenda- nenda tu semua..Berdasarkan cerita orang- orang tua, terlalu panjang rentetan sejarah penderhakaan yang dilakukan oleh ahli politik kalau aku nak ceritakan. Tapi tak apalah, biar la ia menjadi memori dalam benak jiwa ku shaja sebagai renungan sendiri tika mata tidak dapat lelap dari lena...

Memang aku tak nafikan ada juga raja yang zalim, maka sebab itulah pepatah melayu ada mengatakan RAJA ADIL RAJA DISEMBAH, RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH...ermmmmm, apa yang aku periksa, Pepatah tu dah lama muncul dalam sistem beraja melayu. Kalau tidak silap aku, pepatah itu juga digunakan oleh Demang Lebar Daun dengan Raja Sang Nila Utama dalam sejarah purbakala melayu.

Ermmmm, kalau nak cerita, banyak sangat, nanti la....kalau ada masa..aku cerita lagi. hehehee

1 comment:

  1. Casino Site review & sign up bonus - Lucky Club
    Casino Site review & sign up bonus - Casino site review. Casino site and bonus codes. Casino site, casino games and roulette. Casino site, casino games and roulette. Casino site, casino games and roulette. Casino site, casino games and roulette. Casino site, casino games and roulette. Casino site, casino games and luckyclub.live roulette. Casino site, casino games and roulette. Casino site, casino games and roulette. Casino site, casino games and roulette. Casino site, casino games and roulette. Casino site, casino games and roulette. Casino site, casino games and roulette. Casino site, casino games and roulette. Casino site, casino games and roulette. Casino site, casino games and roulette. Casino site, casino games and roulette.

    ReplyDelete