SALASILAH
TITIHAN/ KETURUNAN
Pada tahun 1503 masihi, ada seorang raja dalam negeri Lingga yang berketurunan daripada Bukit Seguntang Mahameru di Tanah Palembang telah kembali ke Rahmatullah meninggalkan dua orang putera. Selepas daripada baginda mangkat, lalu menterinya menabalkan puteranya yang sulung menggantikan kerajaan beginda dan saudaranya yang muda dijadikan Khadi memerintah dibawah saudarannya dengan adil dan saksama. Kemudian daripada beberapa lamanya datanglah khudrat Ilahi hendak menunjukkan kuasanya kepada sekalian hambanya dan melanjutkan cerita. Pada suatu masa Sultan dan Khadi telah berselisihan perkiraannya. Maka Raja Khadi merajukkan diri, lalu mengembara dengan bahtera dan beberapa perahu yang mengelilinginya dengan membawa hamba sahaya dan rakyat lelaki perempuan menuju ke Semenanjung Tanah Melayu. Dengan kehendak Allah s.w.t, maka air dan kayu telah pun keputusan lalu singgah pada suatu daratan di Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu. Maka Raja Khadi pun berangkatlah naik ke pantai membawa isterinya bermain-main. Maka dilihat tempat itu amat baik lagi rata, maka baginda pun denga isterinya serta inang pengasuhnya memerhati tanah itu, sangat berkenan pada hatinya. Tiba-tiba baginda berjumpe dengan beberapa orang pangan, lalu baginda berkira-kira dengan ketua pangan itu hendak disuruh membuat Negeri. Maka kata ketua pangan itu, jika sekiranya hendak diupahnya membuat kerja dengan upahan segantang mata kail tembaga, maka sangguplah dia bekerja. Maka oleh baginda disanggupnya sebagaimana kehendak ketua pangan itu. Lalu segala pangan itu bekerja menebas menebang segala pokok-pokok kayu. Tidak beberapa lama. Siaplah lalu dinamakan Negeri Besut. Adapun Negeri Besut itu sekarang menjadi sebuah jajahan Negeri Terengganu, letaknya bersempadan dengan Negeri Kelantan.
Baginda Raja Khadi telah mendirikan kota istannya di Denger Hilir iaitu letaknya disebelah hilir Bandar Jertih sekarang. Beberapa lama baginda memerintah kerajaan, baginda pun kembali Kerahmatullah. Kerajaan baginda di gantikan oleh anakanda baginda bernama Tuan Putranna bergelar Paduka Raja Besut. Raja Besut itu beristeri di Negeri Sai yang disebut orang Negeri Selindung Bayu ( Teluban ) Pattani Dar’us salam yang sekarang menjadi satu jajahan Negeri Siam. Baginda telah membuat kota istananya di Negeri Sai dari kayu tembesu yang di bawa dari Negeri Besut dan di bawa dengan perahu. Sekarang pun ada lagi kesan-kesannya di Negeri Sai. Apakala baginda Raja Besut mangkat, maka anakanda baginda yang sulung di jadikan Raja memerintah Negeri besut, dan anakanda yang muda mengantikan kerajaan Negeri Sai bergelar Paduka Raja Bentara. Baginda ini mendapat beberapa orang putera dan puteri. Beberapa lama baginda di atas kerajaan, baginda pun mangkat dan kerajaan baginda diganti oleh anakanda baginda bergelar Raja Datu memrintah di Kota Perwan dan adindanya menjadi bendahara dan raja bergelar Seri Maharaja memerintah di Kota Gerisek. Raja Datu telah mendapat beberapa anak putera dan puteri. Seorang menjadi Datu bergelar Datu Pengkalan. Pada masa Datu Pengkalan menjadi Datu, Paduka Tuan Cherang menjadi bendahara bergelar Raja Bendahara Cherang bagi Kota Perwan dan Sultan di Kota Gerisek.
Pada tahun 1808 masihi, Datu Pengkalan telah berperang dengan Kerajaan Siam Bangkok lalu mangkat. Isterinya diambil oleh tentera siam lalu di bawa mangadap Raja Siam di Bangkok. Oleh Raja Siam hendak dibuat isteri. Nama isteri Datu Pengkalan itu digelar orang Nan Benua iaitu adinda kepada Paduka Tuan Cherang raja Kota Gerisek. Nan Benua ini membuat gila beberapa lama. Kemudian Raja Tuan Cherang berangkat berkira-kira minta dibayar Nan Benua itu lalu dibenarkan oleh Raja Siam dengan bayaran $100 00. Apabila telah dibayar lalu dibawa balik ke Negeri Sai. Tidak beberapa lama, Raja Siam menitahkan pula panglima-panglimanya melanggar Negeri Sai. Lalu Sultan Tuan Cherang melepas diri dan membawa segala rakyat serta hamba sahayanya ke Kelantan lalu ke Besut, menumpang Raja Besut. Pada masa itu, Raja Besut telah beraja lain daripada keturunan Raja Khadi dan berkait dengan kerajaan Raja Terengganu sekarang. Oleh itu, Raja Besut beri tempat duduk dan maembina kota istana disebelah daratan Sungai Besut di tempat yang bernama Kampung Lubuk Kawah. Lebih kurang dua tahun baginda di Besut, maka Sultan Tuan Cherang itu berangkat dan berpindah pula ke Kelantan membuat kampung bernama Kampung Baharu Kok Berangan dan membina kota Istana di tempat yang dikenali sebagai kampung Atas Kota dengan gelaran Paduka Sri Maharaja Besar Tuan Cherang dan nama jajahan baginda lebih terkenal dengan nama Kampung Raja dalam jajahan Pasir Puteh daerah Limbongan memerintah bersebelahan dengan Kerajaan Kota Jeram yang juga dari titihan yang sama. Kekallah baginda di situ hingga akhir hayatnya dan di makamkan di tanah perkuburan Kg Raja Limbongan dengan meninggalkan empat orang anakanda iaitu tiga putera dan seorang puteri.
· 1503 K.D.Y.M.M Paduka Sri Al-Sultan Raja Khadi, Raja Muda Negeri Lingga Berketurunan daripada Bukit Seguntang Mahameru, Tanah Palembang. Raja pengasas Kerajaan Besut ( sekarang Jajahan Terengganu )
o 1 ) Y.T.M Paduka Tuan Patih ibni al-Marhum Al-Sultan Raja Khadi ( Raja Besut ), titihan sultan Terengganu sekarang
o 2 ) D.Y.T.M Tuan Putranna ibni Al-Marhum Al-Sultan Raja Khadi, Paduka Sri Sultan Tuan Putranna bergelar Raja Besut. Nya berkahwin dengan Puteri Nang Cayang Raja Biru anakanda Sultan Raja Negeri Sai [Teluban] Pattani Darus Salam. Negeri Selindung Bayu. Nya mendapat beberapa anakanda, iaitu:
§ (a) D.Y.A.M Puteri Raja Kuning binti al-Marhum Sultan Tuan Putranna, Raja Kota Perwan Pattani Darussalam
§ (b) D.Y.M.M Paduka Sultan Raja Bentara ibni al-Marhum Sultan Tuan Putranna. Raja Kota Gerisek Negeri Sai, Pattani. Nya berkahwin dengan Puteri Raja Legeh dan mendapat beberapa orang anakanda, iaitu:
· (i) Y.A.M Raja Mai binti al-Marhum Sultan Raja Bentara
· (ii) Y.A.M Raja Seria binti al-Marhum Sultan Raja Bentara, Datu Ab’dul’lah Pattani
· (iii) D.Y.M.M Tuan Ab’dul Samad ibni al-Marhum Sultan Raja Bentara. D.Y.M.M Raja Datu ????. Sultan Negeri Sai
o (1) Y.T.M. Raja Long Ja’afar ibni al-Marhum Raja Datu ???,bergelar Datu Pengkalan, Nya mangkat pada tahun 1808 semasa perang dengan Siam-Bangkok. Nya berkahwin dengan Y.A.M Nan Benua binti al-Marhum Datu Long Ahmad, Tengku Sri Maharaja Negeri Sai, Raja Kota Gerisek Pattani iaitu saudara sepupunya.
§ (a) Y.B.M Tengku Ali’ul Alim ibni al-Marhum Datu Pengkalan
§ (b) Y.A.M Tengku Lamidin ibni al-Marhum Datu Pengkalan
· (i) Y.M. Tuan Sulong ibni al-Marhum Tengku Lamidin
o (2) Y.M. Nik Manah binti al-Marhum Raja Datu ????
· (iv) D.Y.T.M Datu Long Ahmad ibni al-Marhum Sultan Raja Bentara. D.Y.T.M Datu Long Ahmad, Tengku Sri Maharaja Negeri Sai Pattani. Nya mendapat beberapa orang anakanda, iaitu:
o (a) Y.T.M Tuan Cherang ibni al-Marhum Datu Long Ahmad, Paduka Sri Maharaja Bendahara Tuan Cherang, berkahwin dengan Y.A.M Cik Ku Tila binti al-Marhum Sultan Long Yunus, Tengku Puan Di-Balairong, Raja Kelantan 1763-1795. mendapat beberapa orang anakanda, iaitu:
§ (1) Y.A.M Engku Long Nik Wok ibni Sri Maharaja tuan Cherang
§ (2) Y.B.M Tuan Puteh ibni al-Marhum Sri Maharaja Tuan Cherang, Tengku Besar Balai Kelantan
§ (3) Y.M. Nan ???? binti al-Marhum Sri Maharaja Tuan Cherang
§ (4) Y.A.M Tuan Lonik ibni al-Marhum Sri Maharaja Tuan Cherang, Tengku Besar Tuanku Lonik
o (b) Y.B.M Tuan Long Hamat ibni al-Marhum Datu Long Ahmad, Raja Laksamana Sai
o (c) Y.A.M Nan Benua binti al-Marhum Datu Long Ahmad, berkahwin dengan Y.T.M Raja Long Ja’afar ibni al-Marhum Raja Datu ????, Datu Pengkalan
o (d) Y.A.M Nan Teluk binti al-Marhum Datu Long Ahmad
o (e) Y.A.M Nan Membang binti al-Marhum Datu Long Ahmad
o (f) Y.A.M Nan Jambul Nidan binti al-Marhum Datu Long Ahmad
( Catatan akhir oleh Almarhum Tengku Besar Penggawa Limbongan I Tengku Haji Tuan Mohammad Ibni Almarhum Tengku Besar Penggawa Jeram III Tengku Haji Tuan Senik )
Sunday, April 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum..
ReplyDeleteNama saya wati. Saya sangat tertarik dengan sejarah yang telah encik/puan postkan di dalam blog ini..
Sebenarnya, saya dan adik saya mencari asal-usul kami. Dan baru-baru ini bapa saudara kami ada menyerahkan salinan susur galur(family tree) keluarga kami. Mengikut dalam susur galur yang di beri, kami adalah generasi ke-8 Raja Bendahara Cherang. But we never knew who he was until we google it up and end up to your blog. Thank you from the very deepest of our heart.
Susah untuk kami mentafsirkan family tree ini kerana tulisannya dalam bahasa jawi. (regret tak belajar jawi betul-betul dulu)
Anyway, daripada 4 orang anak Raja Bendahara Cherang, kami adalah generasi anaknya yang bernama Tuan Lonik. Tuan Lonik mempunya empat orang anak, salah satunya bernama Tuan Kundur(translating from the tulisan jawi..harap-harap betul).
Tuan Kundur mendapat 3 orang anak dan salah seorangnya bernama Tuan Embung. Tuan Embung mempunyai seorang anak perempuan bernama Engku Aminah. Engku Aminah adalah moyang saya,yang kemudiannya melahirkan anak perempuan bernama Engku Zam iaitu Allahyarhamah nenek saya.
Boleh hubungi saya & akan saya kenalkan kpd yg lebih arif utk bertitih. Susur galur keluarga cik wati boleh di jadikan bahan rujukan yg bernilai.
DeleteEmel: tengku.azrulhamdi@gmail.com